CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 10, 2010

Ketuanan Melayu- agenda PKR..

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membangkitkan soal ketuanan Melayu untuk meraih keuntungan politik adalah punca utama menyebabkan isu itu kembali hangat dibincangkan.
Bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin parti itu yang beliau sifatkan sebagai mempunyai sifat perkauman, sengaja membangkitkan isu berkenaan semata-mata bagi mendapat sokongan daripada golongan tertentu.

‘‘Isu ini mula tercetus apabila ada pihak yang mula mempersoalkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Jika tiada siapa menimbulkan perkara ini, orang Melayu tidak akan menjawab dan mempertahankan hak mereka.
‘‘Malangnya, apabila orang Melayu menjawab, mereka dituduh sebagai melanggar hak asasi manusia dan bersifat perkauman manakala pihak yang mempersoalkan ketuanan Melayu pula tidak dilabelkan dengan gelaran sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada program Hari Inovasi Ideapreneur Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2010 di Taman Teknologi Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.
Ditanya gesaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek supaya penggunaan istilah ketuanan Melayu diharamkan di negara ini, Dr. Mahathir berkata, langkah itu hanya akan menyebabkan orang Melayu bertindak balas.

‘‘Apabila kamu mula meminta perkara ini dan itu diharamkan, pihak lain juga akan membuat tuntutan supaya perkara yang tidak menyenangi mereka turut dikenakan tindakan sama.
‘‘Ini hanya akan menimbulkan konflik antara kedua-kedua belah pihak. Bagi saya permintaan seperti ini seeloknya tidak dijawab kerana kebanyakannya adalah tidak logik dan tiada sebarang asas,” katanya.

Mengenai titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah baru-baru ini bahawa sebarang suara yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu adalah perbuatan menderhaka kepada kaum sendiri, beliau berkata, terpulang kepada orang ramai untuk memikirkan tentang nasihat baginda itu.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir berkata, laporan pertubuhan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bertajuk Laporan Hak-Hak Politik dan Awam 2010 yang diumumkan hari ini yang mengkritik era kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, adalah bermotifkan politik.

‘‘Jika Suaram prihatin dengan hak asasi manusia mereka tidak harus memberi tumpuan kepada Malaysia sahaja sebaliknya perlu juga mengkritik pencabulan sama di negara lain termasuk terhadap pihak yang membunuh penduduk Gaza.

‘‘Nampaknya mereka tidak berbuat demikian dan ini bermakna pandangan Suaram bukan yang terbaik.
‘‘Bagi saya mereka juga melanggar hak asasi manusia apabila tidak menghiraukan ahli politik dan negara tertentu yang turut mencabul hak asasi,” katanya.

Kerajaan prihatin dengan masalah rakyat..

ALOR SETAR: Kerajaan menaikkan bantuan ihsan penanaman semula padi kepada RM876 sehektar, berbanding RM573 sehektar sebelum ini bagi meringankan penderitaan lebih 30,000 pesawah yang terjejas teruk akibat banjir besar di Kedah dan Perlis, awal November lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kenaikan RM303 itu membuktikan tanda keprihatinan Kerajaan Pusat kepada rakyat, terutama petani yang sawah mereka kebanyakannya baru ditanam terjejas teruk akibat banjir besar itu.


Sehubungan itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM50 juta dan wang bantuan itu akan diagihkan secepat mungkin, selain RM10 juta lagi bagi membaiki infrastruktur di kawasan sawah padi yang terjejas teruk dalam bencana berkenaan. “Selain bantuan itu, Kerajaan Pusat juga mengumumkan bantuan ihsan banjir RM500 kepada 32,000 keluarga mangsa banjir di Kedah dan Perlis sama ada yang berpindah ke pusat penempatan atau tidak berpindah, tetapi disahkan rumah mereka dinaiki air yang membabitkan peruntukan keseluruhan RM30.6 juta.
“Kelab Putra 1Malaysia pula menyumbangkan 10,000 tilam, manakala Yayasan Rahah menyumbangkan 5,000 dapur gas dan saya mengarahkan bantuan tambahan 10,000 tilam dan 5,000 dapur gas lagi dibekalkan kepada mangsa," katanya ketika berucap di majlis penyerahan tilam 1Malaysia kepada mangsa banjir di Kedah dan Perlis anjuran Kelab Putra 1Malaysia di sini, semalam. Hadir sama, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan replika cek bantuan pertanian RM46.5 juta kepada Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Seri Mahdzir Khalid dan RM13.5 juta lagi kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Banjir besar yang melanda Kedah dan Perlis pada awal November lalu disifatkan yang terburuk sejak 40 tahun lalu menyebabkan lebih 60,000 penduduk di kedua-dua negeri itu dipindahkan. Najib juga memohon maaf kerana beliau tidak dapat menziarah mangsa banjir ketika bencana itu kerana menghidap demam campak. Perdana Menteri berkata, walaupun ada pihak mendakwa kejadian banjir itu disebabkan pembangunan, sebagai kerajaan yang prihatin dengan nasib dan masa depan rakyat proses pembangunan tidak boleh dihentikan. “Jika tiada pembangunan, merana kita dan kita laksanakan untuk rakyat, tapi kita pastikan tidak menjejaskan rakyat,” katanya.

Perumahan Rakyat Lorong Pak Mahat :- satu pembaziran..

KUANTAN: Biarpun siap lapan tahun lalu, Perumahan Rakyat Lorong Pak Mahat di Kempadang di sini yang mempunyai 860 unit rumah masih tidak berpenghuni, malah bangunan juga kelihatan semakin usang dan terbiar.

Projek perumahan terbabit yang mempunyai dua blok A dan B siap sepenuhnya pada 2002, dengan setiap unit rumah mempunyai tiga bilik dan dua bilik air serta dilengkapi dengan pendawaian, meter elektrik dan kipas siling.

Difahamkan, projek perumahan itu dirasmikan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007 untuk projek perumahan rakyat dan dikhususkan bagi nelayan yang tinggal sekitar Tanjung Lumpur dan Tanjung Api. Pengurusan penyelenggaraan bagi blok A perumahan itu dikendalikan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), manakala blok B pula diuruskan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri (SUK). Tinjauan Berita Harian mendapati lalang memenuhi sekitar kawasan perumahan itu yang lengkap dengan taman permainan dan surau.

Malah, beberapa remaja lelaki dilihat berkeliaran dan melepak di sekitar kawasan perumahan yang terbiar itu dan sempat menemubual seorang pengawal keselamatan, Muhd Nasrul Abdul Khalid, 26, yang dilantik pejabat SUK untuk menjaga dan mengawasi blok B. Beliau yang bertugas sejak setahun lalu, mendakwa ramai orang terutama nelayan tidak mahu tinggal di rumah itu kerana ia tidak akan menjadi hak milik kekal mereka malah perlu membayar sewa selama mereka tinggal. Katanya, berikutan itu bangunan berkenaan terbiar begitu saja dan tidak mendapat sambutan dan lebih membimbangkan ialah setiap pintu rumah tidak dikunci seterusnya menjadi sasaran penagih dadah yang menyelinap masuk serta memotong wayar elektrik untuk mencuri tembaga, selain melarikan kipas siling dan besi yang boleh dijual.

Malah, Muhd Nasrul berkata, bilik pencawang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad juga di pecah masuk dan generatornya dilarikan. "Saya ditugaskan menjaga kawasan ini dan setakat ini tiada apa-apa perkara tidak diingini berlaku, cuma kadang kala terserempak penagih yang cuba pecah masuk rumah, namun sebaik disergah mereka melarikan diri. “Jalan masuk juga dihadang dengan kayu untuk mengelakkan ada pasangan remaja masuk secara senyap dan membuat perkara tidak elok di sekitar kawasan ini," katanya

Thursday, December 9, 2010

TUANKU BERI JAMINAN


SUNGAI LEMBING – Penduduk di Kampung Kawah di sini bakal menerima sebuah jambatan baru dalam jangka masa enam bulan berikutan jambatan tersebut terputus dua kelmarin akibat daripada arus deras sungai. Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan melihat keadaan jambatan tersebut bertitah baginda tidak mahu melihat rakyatnya hidup susah gara-gara masalah yang berlaku dan mahu isu itu diselesaikan secepat mungkin. Baginda bertitah, jambatan tersebut perlu disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan agar rakyat mudah melaksanakan tugasan seharian mereka di kampung ini. “Beta tidak mahu rakyat di negeri beta ini hidup susah, oleh itu beta mahu satu gerakan kerja yang tersusun dilaksanakan secepat mungkin agar tidak membawa musibah lain kepada rakyat beta di kampung ini,” titah baginda. Selain itu, baginda juga berharap agar jambatan gantung yang dijanjikan siap dalam tempoh 10 hari lagi itu memberi keselesaan kepada penduduk untuk keluar masuk. Seterusnya, baginda juga akan menulis surat kepada menteri terbabit untuk memohon peruntukan berjumlah RM25 juta bagi tujuan pembinaan sebuah jambatan konkrit di kampung ini. Muka depan Sinar Harian semalam melaporkan keresahan yang dihadapi penduduk Kampung Kawah selepas jambatan kayu yang menjadi laluan utama mereka dihanyutkan arus deras. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya Pahang, Datuk Ir Rosman Yahya berkata, jambatan baru yang dicadangkan tersebut mungkin menelan belanja RM1.5 juta hingga RM2 juta dan akan dibina berlandaskan kaedah kecemasan dan keselamatan. Menurutnya, perancangan jangka panjang untuk pembinaan jambatan konkrit itu pula mungkin mengambil masa yang lama. Bagaimanapun pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. “Kita mengira pelbagai jenis sudut untuk pembinaan jambatan ini kerana ia menjadi laluan kayu balak yang hanyut dan ‘sampah’ yang mungkin akan terletak pada dasar jambatan. “Bagaimanapun, pihak kami akan usaha yang terbaik untuk mengatasi masalah ini dan berharap jambatan baru yang dibina nanti lebih selamat dan selesa untuk kegunaan penduduk,” katanya.

RAJA MELAYU PERLU BERSATU

Raja Melayu perlu bersatu nyata pendirian
Raja-raja Melayu perlu bersatu menyatakan pendirian menentang sebarang usaha pihak-pihak tertentu yang mahu menghapuskan sejarah bangsa hanya kerana kepentingan dan pemikiran sempit mereka.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ia penting memandangkan usaha pihak tidak bertanggungjawab tersebut kini telah sampai ke peringkat membimbangkan.
“Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja perlu membuat pendirian tegas dan menguatkuasakan perkara ini berdasarkan peruntukan dalam bidang kuasa majlis agama Islam negeri masing-masing.
“Ia sebagai langkah menggelakkan orang Melayu terus berlarutan dan sanggup mempertikaikan hak istimewa sendiri,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, menurut Mohd. Hilmi, peringatan Sultan Perak tersebut yang turut dibangkitkan Sultan Selangor dan Sultan Pahang sebelum ini, perlu dilihat sebagai suatu maklum balas yang serius.

UMNO PEJUANG BANGSA

Politik adalah perjuangan berasaskan bilangan, kepentingan dan kedudukan.Dalam politik yang berasaskan demokrasi, bilangan memainkan peranan yang sangat penting. Sesiapa yang mendapat bilangan undi terbanyak, beliau yang yang diistiharkan menang walaupun dengan kelebihan satu undi. Itu bagi kerusi pilanraya.Begitu juga dengan kedudukan di dalam satu-satu Dewan Undangan Negeri. Umpamanya PAS pernah membentuk Kerajaan di Kelantan dengan kelebihan satu kerusi sahaja.Begitu juga dengan sesebuah pakatan. Ianya perlu diterajui atau dinakhoda oleh sesabuah parti yang mempunyai lebihan kerusi, pengaruh serta kepentingan seumpama Barisan Nasional sendiri.Lihat saja pada asas penubuhannya sebagai PERIKATAN dan kini BARISAN NASIONAL yang sejak dulu dinakhodai oleh UMNO.UMNO sememangnya layak menakhoda BN dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.Dari segi bilangan kerusi, UMNO sememangnya mempunyai bilangan kerusi yang banyak.Malah peratus kekalahan kerusi yang diperuntukkan kepada UMNO juga tidak tinggi berbanding dengan komponen yang lain.Pemimpin UMNO juga mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Contohnya, biarpun ramai pemimpin Parti Gerakan yang tewas serta tewasnya kerajan Gerakan di Pulau Pinang, Presiden Gerakan tetap dilantik sebagai Menteri Pusat.Begitu juga dengan parti komponen yang lain. Perlantikkan jemaah Menteri tidak langsung berasaskan jumlah kerusi yang dimenangi, tetapi berasaskan semangat toleransi dan setiakawan.Pun begitu, perlantikkan Ahli Dewan Negara juga sama. Ia juga meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk kalangan Orang Asli, Karyawan dan lain-lain.Oleh itu, sepatutnya semua komponen BN perlu menghayati semangat BN yang telah dipersetujui bersama dan tidak mengikuti persepsi masing-masing sahaja.Selama ini tiada masyarakat yang berasa terpingir dengan konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Pengerusi BN, Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak sendiri.

Thursday, December 2, 2010

Baru baru ini presiden PKR mengatakan bahawa hapuskan ketuanan melayu,adakah mereka ini sedar bahawa beliau datangnya dari golongan orang melayu dan sepatutnya mereka mempertahankan ketuanan melayu.
Oleh kerana mahu sokongan orang bukan melayu sanggup mengata apa saja.