CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 27, 2010

Anwar nanyi lagu lama

Baru-baru ini anwar datang ceramah di dataran PKR di Beserah. ahli parti merasakan kekecewaan kerana mengharapkan cerita baru tetapi beliau lebih banyak menceritakan kembali apa yang sudah diceritakan ketika berada di pentas yang sama awal tahun lalu. Cerita soal kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.


Anwar yang masih terus "menyajikan lagu lama" dalam ceramah beliau malam tadi sedikit mengecewakan mereka sebenarnya. "Ulang tayang cerita dan isu yang sama", tanpa memberikan harapan baru buat rakyat di kuantan.

Friday, November 26, 2010

Perpecahan Dalam PKR Pahang

Baru-baru ini Permatazamrud terjumpa dalam blog tentang kenyataan kecewa terhadap Anwar yang semakin tertekan dan PKR YANG SEMAKIN NAZAK..... Khabarnya kehadiran Anwar ke Pahang gagal meyakinkan ahli PKR. Malahan kehadirannnya hanya disambut oleh penyokong kuat dari pembangkang sahaja.


Antara paparan yang Permatazamrud temui dalam blog tersebut menyatakan :
"Hadirin yang menyatakan mereka hilang kepercayaan kepada PKR sekarang ini. Malah, terdapat maklumat panas yang mengatakan tiga cabang PKR di Pahang juga turut akan dibubarkan jika kemelut yang melanda tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.
Pertembungan yang berlaku di Pahang bukan sahaja antara kumpulan Azmin dan Zaid sebenarnya, tetapi ia lebih menjurus kepada perselisihan faham antara Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Negeri) dan Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota)".